Tuesday, March 19, 2013

The Man Called Jack (Palance)



Jeneral (B) Tan Sri Datuk Seri Datuk Dato' Md Hashim bin Hussein

Mantan Panglima Turus Tentera Darat Jeneral (B) Tan Sri Dato' Seri Dato' Datuk Md Hashim bin Hussein pernah mempamerkan watak sebenar di dalam filem DARAH SATRIA. Tan Sri Md Hashim juga merupakan Penerbit Eksekutif filem, LEFTENAN ADNAN.


Tan Sri Md Hashim pernah menyandang jawatan Pegawai Memerintah 11 RAMD, Komandan LATEDA selain dilantik sebagai Komander pertama untuk mengetuai Batalion Malaysia (MALBAT) dalam misi UN Protection Force (UNPROFOR) di Bosnia Herzegovina.  


Pada 13 Ogos 1994, beliau dilantik sebagai Panglima 10 Briged Para pertama yang merupakan komponen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC) dan seterusnya mengambil alih jawatan Panglima Tentera Darat mulai 1 Januari 1999 sehingga 31 Disember 2002. 


Beliau juga merupakan pegawai pertama yang diberi penghormatan di US Army Command dan General Staff College (CGSC) Fort Leavenworth Hall Of Fame. Selain dipanggil untuk memberikan syarahan berhubung ketenteraan di beberapa negara, beliau turut dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan menjelang persaraan perkhidmatan mulai tahun 2003 sehingga tahun 2006. Tan Sri Md Hashim juga merupakan Pengerusi Pihak Berkuasa Kebangsaan, Konvensyen Senjata Kimia di Kementeri Luar Negeri dari tahun 2006 sehingga tahun 2010. 

Beliau adalah anak kedua dari 9 adik beradik dan pernah melalui zaman persekolahannya di Malay College Kuala Kangsar (MCKK) dan Royal Military College (RMC). Tan Sri Md Hashim adalah penerima Ijazah Sarjana dalam War Studies dari King's College di London dan merupakan lulusan US Army Command and General Staff College, Fort Leavenworth, Kansas, Amerika Syarikat pada tahun 1986. 


Semasa di Bosnia Herzegovina, solat berjemaah, bacaan surah Yaasin dan berzikir adalah antara persiapan tentera Malaysia, terutama yang beragama Islam, bersedia untuk syahid. Tidak dilupakan krisis terjatuh tugu salib oleh tentera Malaysia. Krisis ini telah diselesaikan dengan aman bagi semua pihak dimana tentera Malaysia yang beragama Kristian telah memasang kembali tugu salib yang lebih baik. Perdana Menteri Britain pada masa itu, John Major, telah datang dan berterima kasih secara peribadi keatas cara beliau menyelesaikan krisis ini.

* Foto hitam putih adalah foto Jack Palance semasa usia muda.

3 comments: